Sunday 26 June 2011

TAZKIRAH: Penghayatan Surah al-Fatihah- ayat 6

Penghayatan Surah Al-Fatihah-Ayat 6


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Maksudnya : “ Tunjukilah kami jalan yang lurus”.

Maksudnya kurniakan Taufik kepada kami untuk mengenalpasti jalan yang lurus dan selepas mengenalinya kurniakanlah pula Taufik kepada kami untuk mengikut jalan yang lurus itu merupakan hasil dari hidayah, pemeliharaan dan rahmat Allah. Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa merupakan hasil dari kepercayaan bahawa Allah itulah satu –satunya Tuhan yang berkuasa memberi pertolongan.

 Hidayah inilah merupakan perkara yang paling penting bagi seseorang mukmin. Ia merupakan perkara utama yang harus dipinta pertolongan Allah untuk dicapai olehnya. Hidayah ke jalan lurus inilah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Pada hakikatnya Hidayah ke jalan yang lurus ialah untuk memimpin fitrah manusia kepada undang-undang Allah yang mengatur dan menyeimbangkan di antara harakat manusia dengan harakat 'alam alwujud seluruhnya menuju kepada Allah Tuhan Semesta 'Alam.

Jalan yang lurus yang dimaksudkan di sini ialah  orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka itu juga ialah nabi-nabi, rasul-rasul dan orang yang beriman serta beramal salih, dan jalan mereka itu, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa.



Tazkirah DBR MPKB-BRI/ Tafsir 2011/ Siri: 6

No comments:

Post a Comment