PENGENALAN


VISI JABATAN

Ø   Merealisasikan falsafah pentadbiran islam di dalam Majlis sesuai dengan dasar Kerajaan negeri iaitu “Membangun Bersama Islam”.

      MISI JABATAN

Ø  Memastikan nilai-nilai islam dihayati didalam pentadbiran MPKB-BRI melalui orientasi pembinaan kesedaran dan kefahaman islam.
Ø   Memastikan setiap premis perniagaan atau mana-mana pihak yang berurusan dengan MPKB-BRI dapat mematuhi peraturan – peraturan yang menepati kehendak syariat islam sebagaimana yang telah digariskan.
Ø   Meninggikan imej korperat majlis yang Islamik,  dinamik dan kompetetif.
Ø   Menjadikan JPI sebagai saluran khidmat MPKB-BRI kepada warga Kota Bharu dalam aspek kebajikan dan sosial.

      AGENDA JABATAN

Ø   Mempertingkatkan kefahaman islam dan kecemerlangan rohani kakitangan MPKB-BRI melalui program-program pengisian seperti kuliah agama,Tazkirah,Usrah dan Bacaan Zikir Ma’thurat.

Ø   Mempertingkatkan kefahaman islam warga kota khasnya mereka yang terlibat dengan MPKB-BRI seperti sektor-sektor Pasaraya dan Perkilangan dengan penganjuran Majlis Ceramah  Motivasi,Seminar,Khusus – Khusus dan Bengkel-bengkel khas untuk mereka.

Ø   Menyalurkan bantuan kebajikan kepada warga Kota yang kurang bernasib baik melalui Tabung Kebajikan MPKB-BRI yang telah diwujudkan.

Ø   Menyediakan program kearah membantu warga kota yang kurang bernasib baik di dalam membina penjanaan ekonomi mereka dengan kerjasama  agensi-agensi yang berkaitan.

Ø  Menjalankan operasi pemantauan keatas premis perniagaan supaya tidak berlaku perlanggaran peraturan.

Ø   Menjalankan operasi pemantauan dan penagkapan keatas warga kota yang berkelakuan tidak senonoh sesuai dengan undang-undang Taman yang ada.

Ø   Menjalankan operasi kompaun dan kaunseling keatas mereka yang ditahan kerana melanggar undang-undang kecil taman 3(u).