BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN
Bahagian Pembangunan Insan mula diwujudkan di JPI pada 1 Mac 2005 memandangkan peranan JPI yang semakin meluas khususnya program-program pembinaan remaja yang pernah ditangkap,dikompaun dan dikaunseling oleh pihak JPI dan juga mengendalikan kelab-kelab belia yang semakin mendapat tarikan di golongan remaja.Bahagian ini dibahagikan kepada 3 unit iaitu Unit Pembangunan Belia dan Sukan, Unit Dakwah Unit Operasi.
v BELIA DAN SUKAN
1. Menganjurkan sebarang program yang boleh membina dan mendisiplinkan para remaja seperti Kem Pembentukan Syaksiah Remaja, Perkhemahan Remaja dan sebagainya.Seperti:
i) Rakan Belia Bola
ii) Rakan Belia Automobil
iii) Rakan Belia Peragawan
iv) Kem Belia ( Reakreasi )
2. Menubuh dan menyelia kelab-kelab belia seperti:
i) Kelab Belia
ii) Kelab Vespa MPKB
iii) Kelab Berkuda
iv) Kelab Motosikal Jepun
v) Kelab Berbasikal
vi) Kelab Bola Sepak
v DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
1. Kuliah Agama Untuk Kakitangan
Kuliah agama di pejabat induk diadakan pada setiap hari Khamis dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi di Dewan Bunga Raya. Manakala di pejabat Perkhidmatan Bandar di Telipot dan pejabat Mekanilkal di Panji diadakan dua kali sebulan pada setiap hari Selasa dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi.Penyampai kuliah terdiri daripada pendakwah, ilmuan agama dan ahli akademik yang terkenal di negeri Kelantan.
2.Tazkirah dan bacaan Ma`thurat
Program tazkirah pada setiap pagi Ahad dalam bentuk semua kakitangan berkumpul di perkarangan garaj kereta MPKB dari jam 8.00pg selama 15 minit.Penyampai tazkirah terdiri daripada Pengarah dan ketua-ketua bahagian JPI dan juga pengarah-pengarah lain yang berminat dengan membaca teks tazkirah yang dibekalkan oleh pihak JPI.Pada bulan 6 2007 program tazkirah di alih tempat ke Dewan Bunga Raya dengan mengekalkan cara lama melainkan ditambah pembacaan wirid Ma`thurat sebelum tazkirah disampaikan.
3. Bacaan al-Quran
Bacaan al-Quran pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu di Konti DJ MPKB-BRI. Bacaan al-Quran dimulakan pada jam 8 pagi dan setiap pembaca akan membaca satu muka surat ayat-ayat suci al-Quran.
4. Ceramah Motivasi di Sektor Perkilangan,Pasaraya dan Perhotelan
Program ini diadakan sebulan sekali dari jam 8.00pg ingá 10.00pg di tempat perkilangan,pasaraya dan perhotelan.Pihak JPI hanya menentukan tarikh dan menjemput penceramah dan membawa peralatan PA sistem serta khemah dan kerusi sekira diperlukan.Ceramah motivasi ini memfokuskan aspek-aspek kepentingan ilmu,pematuhan peraturan seperti aurat,akhlak dan budaya kerja Islam.
5. Kelas Al-Quran Untuk Kakitangan
Kelas ini diwujudkan untuk membantu kakitangan yang berminat untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Terbuka kepada semua kakitangan lelaki dan wanita pada hari Khamis minggu ke-2 dan ke-3 setiap bulan.
6. Pengedaran Pamplet
Aktiviti pengedaran pamplet dijalankan pada setiap hujung minggu dan hari berkerja. Aktiviti ini disertai oleh staf-staf Jabatan Pembangunan Islam serta turut dibantu oleh penguatkuasa MPKB-BRI.
v OPERASI
Unit ini memainkan peranan Amar Makruf Nahi Mungkar di dalam kawasan Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Antara bidang tugas unit ini adalah seperti berikut:
1. Operasi Harian
Operasi ini dijalankan oleh kakitangan Jabatan Pembangunan Islam pada setiap hari di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Taman Tengku Anis serta lokasi-lokasi lain berdasarkan kepada aduan yang diterima. Fokus dalam operasi ini ialah berkaitan aurat dan berkelakuan kurang sopan yang dilakukan oleh pengunjung .
2. Operasi Waktu Malam
Operasi ini dilakukan pada waktu malam pada jam 9.00mlm hingga jam 2.00pagi. Kakitangan yang terlibat antara lima hingga enam orang.Tempat dan sasaran yang dikenal pasti adalah seperti Dataran MPKB, Laman Siti Khadijah, Tepi jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail, Lorong-lorong sekitar Bandar dan kawansan-kawasan lain jika terdapat sebarang aduan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Antara aktiviti yang disusun dibawah Bahagian Pembangunan Masyarakat seperti Ceramah Bandar Selamat, Sumbangan kepada mangsa bencana dan Program Pembangunan Usahawan seperti My KFC