Penghayatan Surah Al-Fatihah: Ayat 4
Maksud: “Yang Menguasai Hari Pembalasan”
-ﻤاﻟﻚ yang menguasai di dalam Quranul Karim ﻤﻠﻚ yang bermakna raja. Samada “Yang Menguasai” atau “Raja” kedua-duanya memberi maksud bahawa Allah adalah yang menjadi Penguasa Yang Mutlak. Dia adalah raja kepada sekelian raja. Dialah yang memiliki kerajaan yang mutlak.
- Didalam sahih Bukhari & Muslim, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Allah menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya kemudian Dia berkata : “Aku adalah Raja, dimana raja-raja diatas muka bumi ? Dimana orang-orang yang gagah perkasa? Dimana orang-orang yang sombong. Firman Allah: لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّار
سورة غافر – الآية 16
Maksudnya: “Siapakah Raja pada hjari ini, maka dijawab, Bagi Allah Yang Maha Menguasai”.
Ayat ini menunjukkan kepada kita aqidah pokok iaitu mempercayai hari akhirat dan hari pembalasan. Aqidah ini memberi kesan yang mendalam dalam seluruh hidup manusia.
Orang yang beriman kepada alam akhirat dan orang yang ingkarkan hari akhirat tidak mempunyai titik persamaan dari segi perasaan, akhlak, kelakuan dan amalan. Mereka adalah dua golongan manusi yang berbeza.
No comments:
Post a Comment