Sunday, 26 June 2011

TAZKIRAH: Penghayatan Surah al-Fatihah- Membaca atta'awwuz

PENGHAYATAN SURAH AL-FATIHAH
ATTA’AWWUZ
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Hukum atta’awwuz dibaca sebelum membaca al-Quran : mengikut jumhur adalah wajib berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Maka apabila engkau membaca al-Quran maka hendaklah kamu berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.
Atta’awwuz bermaksud berlindung, bergantung dan berteduh. Maka dengan membaca atta’awwuz bermaksud kita berlindung, berteduh dan bergantung sepenuhnya kepada Allah daripada gangguan syaitan.
Didalam riwayat yang masyhur daripada Abdul Rahman bin Sardar : Dua orang lelaki telah saling memaki disisi Nabi SAW dan kami juga berada disisi Baginda SAW yang sedang duduk. Maka salah seorang daripada mereka memaki sahabatnya dalam keadaan marah yang mana telah kemerahan wajahnya. Maka Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya aku akan memberitahu satu kalimah kalau dia berkatanya nescaya telah pergi daripadanya kemarahan yang dia dapatinya, dengan dia berkata “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”. Maka mereka berkata kepada lelaki itu “Tidakkah kamu dengar yang dikatakan oleh Rasulullah SAW tadi?” Lelaki tersebut menjawab : “Aku bukan seorang yang gila.”
Diriwayatkan juga bahawa perkara pertama yang Jibril AS arahkan kepada Nabi SAW untuk membacanya seawal turunnya al-Quran ialah memerintahkan Baginda  SAW supaya membacakan AI-isti’azah (berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam).

BASMALAH (BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM)
Perbezaan pendapat tentang Basmalah samada ayat pertama didalam surah Al-Fatihah atau tidak. Jumhur berpendapat ianya adalah satu ayat daripada surah Al-Fatihah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Maksudnya: “Dengan nama  Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihan”
Syariat menganjurkan membaca Basmalah sebelum melakukan sesuatu berdasarkan Sabda Baginda SAW:  “Setiap sesuatu yang tidak dimulai dengan Bismillahhirrahmanirrahim maka ianya tidak sempurna “.
Segala kerja dan gerak-geri harian bermula daripada bangun, duduk, makan, minum, membaca, menaiki kenderaan, tanda kehadiran kerja, memulakan kerja pejabat sehingga berwudu’ dan solat hendaklah dimulai dengan membaca Basmalah.
Huraian makna dan maksud Basmalah
-Allah:  Lafaz agung yang menunjukkan nama Tuhan Yang Maha Agung.Daripada perkataan Ilah yang bermaksud Tuhan.
-Ar-Rahman dan Ar-Rahim: Keduanya adalah pecahan daripada ar-Rahman iaitu Allah yang bersifat kasihan belas, kasih sayang dan pemurah.
-Ar-Rahman lebih dalam dan luas kerana ia merangkumi Rahmat Allah SWT keatas segala makhlukNya di dunia ini, kasihan belas Allah kepada manusia tidak kira Muslim atau kafir, yang taat atau yang derhaka, yang berbuat baik atau berbuat jahat.
-Ar-Rahim adalah Rahmat Allah hanya kepada orang yang beriman dan dikhususkan pada hari akhir                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ( بالمؤمنين رحيماوكان (
Tazkirah DBR MPKB-BRI/ Tafsir 2011/ Siri: 2

No comments:

Post a Comment