PENGHAYATAN SURAH AL-FATIHAH
1-Nama surah Al-Fatihah
a-Al-Fatihah – Yang Membuka
b-Fatihatul Kitab- Yang Membuka Kitab
c-Fatihatul Quran- Yang Membuka Al-Quran
· Dinamakan sebagai pembuka kerana dengan surah Al- Fatihah ini dimulai dalam Kitab Suci Al-Quran dan dimulai pembacaan didalam solat.
· Sempena dengan namanya “Pembuka” maka surah ini dibaca didalam setiap permulaan dan pembukaan mana-mana aktiviti yang diharapkan mendapat keredhaan Allah SWT.
d- Ummul Quran- Ibu Al-Quran
e- Ummul Kitab- Ibu Al-Kitab
· Dinamakan Ibu Al-Quran atau Al-Kitab kerana kandungannya adalah induk kepada sebuah Al-Quran dan berpusatnya Al-Quran. Sebagaimana sebuah bandar itu diberi gelaran sebagai Ibu Kota atau Ibu Negara kerana ia adalah tempat berpusatnya segala pentadbiran dan arahan negara.
f- Sab’aan Al-Mathani – Tujuh Ulangan
· Kerana surah ini mengandungi tujuh ayat yang diulangi bacaannya pada setiap solat.
g- Al-Quran Al-‘Azim- Al-Quran Yang Agung
· Allah Ta’ala berfirman:
{وَلَقَدْ ءَاتَيْنَكَ سَبْعًا مِّنَ المَثَانِى وَالقُرْءَانَ العَظِيمَ} surah al-hijr- 15:87 -
Maksudnya:
“Sesungguhnya kami telah utuskan kepada Engkau tujuh ayat yang diulangi dan Al-Quran Yang Agung”.
h- Ar-Ruqyah- Bacaan untuk merawat / Doa untuk menyembuh penyakit.
Daripada Abu said Al-Khudri r.a berkata: Kami berada didalam satu perjalanan lalu kami singgah disuatu kampung pedalaman. Tiba-tiba datang seorang gadis memberitahu bahawa ketua kampung tersebut sedang dalam keadaan sakit, adakah daripada kalangan tuan ada yang boleh membaca ayat penyembuh? Maka Abu said Al-Khudri datang kepada ketua kampung tersebut dan membacakannya surah Al-Fatihah. Tiba-tiba ketua kampung yang sakit itu terbangun dan sembuh daripada penyakit. Lalu ketua kampung menyuruh menyembelihkan 30 ekor kambing untuk dijamu kepada rombongan ini beserta dengan susu.
Abu Said Al-Khudri bertanya nabi tentang perbuatan itu. Lalu Baginda menjawab “Tidakkah kamu mengetahui bahawa Ibu Al-Kitab itu adalah ruqyah (bacaan penyembuh).
No comments:
Post a Comment